Terang-terang





Assalamualaikum :)
Dah lama tak update blog ni. Kenapa eh ? Sebabnya dah rasa macam dulu balik dah. Rasa macam mana tu ? Macam tu lah. Haha. Macam keling kan aku cakap sekarang ? Eh pandaiii , buat soalan sendiri, jawap sendiri. Haha. Okayy title tu takda kena mengena pun. Sebab tadi baru dengar lagu Kotak Hati, Hujan. Kan lirik dia ada tulis terang terang. Haaa dapat dari situ lahh.


Nak cerita pasal apa eh ? Okayy mari kita cerita pasal Ammar Rashid. Macam ni ceritanya. Aku baru balik P. Dickson ni. *Ada aku kisah?* Haha. Tapi kali ni pergi PD menarik jugak lahh. Sebab buat aktiviti yang tak selalu pun orang buat. iaitu jeng jeng jeng , Sewa bot dan pergi bagi ikan makan roti di tempat yang agak jauh lahh dari pantai. Perjalanan lebih kurang 30 minit macam tu ah. Cehh. Lepas tu bila sampai dekat tengah laut tu, air dia agak jernih lah, tak macam pantai klebang yang macam haram air dia tu. Kikiki. Aku pun apa lagi, try lah snorkeling. Nampak lah ikan warna warni bersertakan coral.


Nak dengar lagi tak  ? Haha. Macam dah boring je. Okayy cerita lagi siket lah ea ea. Lepastu pemandu bot tu kan, dia bawak family aku pergi pulau Monkey Bay pulak. Dekat sana air bapak jernih. Aku mandi dekat sana lahh. Privacy gila sebab takda orang pun mandi situ. Nak bogel pun boleh. Haha. Apa barang mandi dekat Teluk Kemang tu. Hahaha.


Dah dah. Sekian itu saja dari Ammar Rashid. Bye :) Haaa kejap kejap, mesti kamu semua pelik kan kenapa tak letak gambar masa kita berada dekat sana kan ? Pelik kan ? Tak payah lah pelik. Sebab kita takda kamera lagi. Tunggu eh. Nikon D300s i keluar. Aww. Bye ;)


p/s : Saya rindukan seseorang :)

No comments:

Post a Comment